Hi Assalamualaikum..
adakah ari nie kak vina nak jadik cikgu moral??haha..saje je tau kak vina nie..ok..aku nak citer pasal nilai relatif..haha..last week dah stat kuliah..masuk sem baru lah kirenye..aku ari 1st dah ponteng...hahaha..aku tau...ari first memang tak stadi..2 pasal lah aku malas nak turun..hahaha...so..aku hanya mula masok kelas ari selasa..1st2 dah belajar pasal nilai..hehe..aku nak kaitkan *bukan mengait kelapa* apa yang aku belajar dan kehidupan aku time kecik2 dulu *x delah kecik sangat..dalam umur aku tahun 4, 5 camtu..*
Aku nie dilahirkan dalam keluarga x senang tak jugak susah...taklah sampai tahap x de nasik nak makan..tapi nak kata senang 2 memang tak lah kan..ayah aku pesara tentera je..so..korang bayangkan lah hidup aku macam mane..tapi x delah ayah aku langsung x kije..kije..kuli kerajaan...so..bagi meringankan beban family aku...time kecik2 aku dah stat jual kuih *bukan aku yang buat kuih, mak aku yang buat*..korang mesti pernah jugak jual menjual kan time kecik lu..hehe..tapi kalo anak orang kaya, orang gaji berderet, kereta pun berderet..memang tak lah kan korang nak jalan kaki dari 1 rumah ke satu rumah nak jual kuih..*yang ni aku tak pastilah, aku maen agak2 je*....aku jual macam2 kuih lah....selain daripada jual kuih dari rumah ke rumah *after class* aku pun jual kuih dekat kawasan sekolah..hehehe....dapatlah jugak simpan duit..hehe..barbalik kepada NILAI RELATIF...dulu kalau aku jual kuih RM 10.00 aku akan dapat RM 2.00 dan aku rasa time 2 duit RM 2 TU MACAM BANYAK SANGAT..NILAI SANGAT BESAR..kalau aku jual dapat 5 hari..dapatlah simpan RM10.00..so nilai 2 bertambah besar..hehehe..itu cerita dulu...citer 90-an.....so, di sini aku nak bagitau nilai relatif itu bergantung kepada masa dan waktu....tidak kiralah yang berkaitan dengan duit atau tidak...
Selain daripada itu jugak, nilai relatif turut bergantung kepada tempat, orang dan situasi...yang paling tepat adalah tempatlah kot..haha..tapi aku nak bagi contoh yang bergantung kepada orang *er, aku rasa ini nilai subjektif kot*..hihi..berkaitan hal duit lagi..*korang suka duitkan, so aku bagi contoh duit*..mungkin pada kita jumlah RM50 itu berapalah sangat...nak kuar dating pun tak cukup kan..*aku realistik ok, aku bagi contoh yang berkaitan dengan diri aku*..tapi pernah tak compare nilai RM50 yang ada pada kita dengan RM50 yang ada pada orang miskin, susah *btw, aku x cakap aku kaya...aku cuma nak korang bayang je*...mungkin pada mereka sangat besar jumlah tersebut...and cuba plak compare rm50 yang ada pada kita dengan mereka yang ada bisnes juta2..berapelah sangatkan..and cuba kita bawak rm50 2 pergi surau..pergi masjid...macam besar je kan..*dalam hati mesti cakap, tak kan nak derma 50 ringgit, banyak ny, bagi rm10 jelah*..and bawak pulak rm50 pergi keluar dengan kawan2..*dalam hati mesti cakap, cukup k duit ni*...
Aku tulis sebab aku penah lalui situasi ini semua..*cuma aku tak rasa lagi situasi yang ada bisnes juta2, orang gaji berderet2,kereta berlambak2*...haha..macam serius plak kan..hahaha..aku just nak citer pasal NILAI je kot...hahahaha...CHIILLLLLL babe!
NOTA KAKI :
Secara umunya, nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.
Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu.