Sunday, March 31, 2013

bila kau susah

bila kau susah
kau mungkin tak kisah bila orang tak nak datang
tapi kau kisah bila orang tak berhenti bercakap
menyakitkan hati
kau tak berada di tempat mereka
dan kau boleh terus bercakap
kau boleh cakap apa yang kau rasa
mungkin kau lupa apa yang aku rasa bila susah
tak perlu risau
sebab aku sudah berhenti nak ambil rasa
aku dah tak kisah
kalau berhenti setakat ini
aku redha.
cukup letih dengan segala macam hal.

Monday, March 18, 2013

TUNAIKAN 10 HAK

Assalamualaikum...
hai..macam lama dah kan saya tak update blog..hehe..biasalah..bz dengan duniawi sikit...hari ini nak kongsikan apa yang saya baca kat majalah nur bil.67 mei 2008  

PESANAN IMAM SYAFIE, SESIAPA YANG INGIN MENINGGALKAN DUNIA DENGAN SELAMAT, HENDAKLAH DIA MENGAMALKAN SEPULUH PERKARA BERIKUT:

  1. Hak diri, iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. Hak malaikat maut, iaitu mengqadakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.
  3. Hak kubur, iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak Munkar Nankir, iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.
  5. Hak mizan, iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
  6. Hak sirat, iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. Hak Malik, iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
  8. Hak Ridhwan, iaitu reda dengan qada Allah, sabar terima bala, syukuri hikmat Allah dan bertaubat daripda maksiat.
  9. Hak Rasulullah, iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi sahabat dan bersaing mencari kelebihan Allah.
  10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
hehe..sekian sahaja tazkirah dari Datin Ustajah Noorvina =) .. haha .. gurau jah..bye2..selamat beramal..

 comel tak ustajah vinot?hahaha...bye...assalamualaikum