Saturday, February 15, 2014

semakin ramai orang membangangkan guru

TAJUK POST TAK ADA YANG TYPO.MEMBANGANGKAN BUKAN MEMBENGANGKAN
haih.
aku pelik betul
semakin ramai yang rasa hebat benar
duduk dikerusi empuk sudah punya kuasa membangangkan guru
sudah lupakah bagaimana guru beliau menJADIKAN beliau apa yang hari ini dengan izin Allah
namun aku lagi pelik
bila ada satu golongan yang membangangkan guru
kehidupan mereka begitu teruk
kawan yang seangkat pula jauh beribu kilometer meninggalkan mereka
jadi siapa yang BANGANG sebenarnya
KAU LAH KAN YANG BANGANG


Monday, February 10, 2014

kisah cikgu yang semakin sedih

Assalamualaikum
sepanjang menunggu posting nie kan..aku sempat membuat pemerhatian melalui media sosial dan juga keadaan realiti yang sebenar apa yang dilalui oleh guru...aku mungkin belum mengalami keadaan yang sebenar namun aku dapat rasakan apa yang dilalui oleh guru semakin tenat..apa yang makin tenat?persekitaran tugas guru yang semakin mencabar..kita tidak perlu bercerita mengenai kehebatan sistem online yang digunakan dalam sistem pendidikan sekarang..semua mengakui SISTEM ONLINE INI MEMANG HEBAT..namun apa yang lebih hebat?peranan sesetengah ibu bapa, pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik dan juga sikap murid-murid zaman sekarang..semuanya tergolong dalam band 6....

Pertama, melihat peranan sesetengah ibu bapa.  Ibu bapa zaman sekarang memang tidak dinafikan mempunyai kesedaran yang amat dan sangat tinggi dalam keselamatan anak-anak mereka disekolah..iye..ia satu perubahan yang sangat positif..namun apa yang membimbangkan adalah apabila ibu bapa menjadi "SANGAT MELINDUNGI" anak-anak..bagaimana kami, guru dan bakal guru ini menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna apabila kami seringkali diugut dan juga dihantui saman-saman..tugas kami bukan hanya mengajar..kami perlu untuk mendidik anak tuan-tuan dan puan-puan...kami tahu batas kami...mungkin ada juga silap kami dalam menjalankan hukuman dan dendaan..tapi bagaimana pula dengan keadaan apabila semua tindakan kami seolah-olah dipandang sebagai satu penderaan..bagaimana kami mahu mendidik..adakah kami hanya perlu untuk pandang dan lihat sahaja?mungkin ibu bapa lupa bagaimana mereka dididik suatu ketika dahulu..iye memang betul..mendidik ikut zaman..zaman sekarang apa yang kami perlu buat??bagitahu kami supaya anak2 tuan-tuan dan puan-puan menjadi INSAN bukan hanya menjadi manusia?MENEGUR?baik lah kami akan terus menegur..hanya itu mungkin kami boleh buat..tapi..tuan-tuan dan puan-puan..jangan salahkan kami bilamana anak2 tuan-tuan dan puan-puan menjadi salah seorang daripada angka statistik yang menyumbangkan kepada kebejatan sosial..

Kedua...pengamal media..terima kasih kerana seringkali mensensasikan kisah guru..kadang-kadang *bilamana aku guna kadang-kadang, itu tidak bermaksud selalu* menjadikan guru seolah-olah penjenayah...semua tindak tanduk guru menjadi sumber berita yang melariskan surat khabar..GURU PUNCA MASALAH SOSIAL SEMAKIN MENINGKAT, GURU PUNCA KEMATIAN PELAJAR, GURU LALAI MURID MATI DAN SEGALA SATU MACAM LAGI BERITA MENGENAI GURU...namun kadang-kadang, bila mana keputusan peperiksaan diumumkan..jarang2 usaha guru diiktiraf..PUSAT TUISYEN ABC menjadikan anak saya cemerlang dalam peperiksaan..KESIAN GURU..tapikan apabila sesuatu terjadi yang buruk-buruk biasanya..mudah saja mengaitkan guru dengan keadaan tersebut..kami tidak minta kami dianugerahkan darjah kebesaran atau apa2 pingkat sekalipun..tapi cukuplah dan berhentilah menyalahkan kami apabila terjadi sesuatu yang buruk..Allah ada untuk kami..yang selalu ingat kat kami..aku pun nak pesan..sebelum menulis sesuatu lahkan..baiknya kalo kita dapat fikir balik..kalau2 apa yang kita tulis lagi banyak tokok tambah dari fakta yang sebenar..elok lah juga kita temu ramah guru..tanye ape yang sebenarnya berlaku..

Ketiga..murid-murid zaman sekarang kebanyakkannya..sangat kurang ajar..kuat melawan..tidak mendengar cakap..tidak menyiapkan kerja sekolah..siapa yang patut disalahkan?ok.berhenti menunding jari kepada siapa2..semua ada saham sendiri dalam setiap kelalaian yang terjadi.

Akhir sekali...aku nak cakap..iye..memang aku tidak ada pengalaman langsung..sebab aku belum lagi jadi cikgu sebenar..namun aku rasa CABARANNYA semakin besar untuk menjadi guru...ntah, aku tak paham bila orang cakap jadi guru itu senang...kita nie kan..sebenarnya tidak ada hak pun nak cakap kerja si A itu senang..kerja si B itu senang..kerja kita je yang susah dan complicated..siapa kita?adakah kita berada di tempat mereka....guru juga manusia..kadang2 mungkin tersilap..tapi adilkah bila guru sahaja disalahkan..


sekian sahaja untuk serius petang hari nie =) hehehee






Sunday, February 9, 2014

saya masak begedil

Assalamualaikum
tengah hari tadi aku masak begedil..hehe..aku suka makan begedil..tapi orang kampung aku panggil hashbrown..hehe....ngehhh....

resepi begedil begedik =)

Bahan2 :
  1. Kentang
  2. Sosej
  3. Carrot
  4. Bawang Besar
  5. Bawang Merah
  6. Lada
  7. Garam
  8. Sebiji telur ayam
Cara2:
  1. Rabus kentang sampai empuk.Kemudian lenyekkan
  2. Rebus sosej.Kemudian hiris kecil-kecil
  3. Hiris bawang besar, bawang merah dan carrot.  Kemudia, dalam pot kecil, saute bawang mereh, bawang besar dan carrot dengan sedikit minyak.Dah naik bau..tutup api
  4. Satukan bahan dalam cara 1, 2, dan 3. .Kemudian campurkan lada and garam secukup rasa. Bulatkan comel2.hehe..x kisah pun nak bulat or buat ape bentuk pun ok.Celupkan dalam telur
  5. Goreng dengan minyak secukupnya
Haha...maka jadilah begedil bergedik =)
maaf..mungkin aku punya bahasa agak tunggang langgang...

 
kejadian sebelum digoreng

 
pun kejadian sebelum digoreng

 
ada sosej..nampak x..hehe..carrot pun ade =)

 
bila aku dah goreng..ini lah kejadian die..hehe..ini sebab aku leka buat kije lain time goreng..maka jadilah HITAM MANIS TAPI RASA AMAT SEDAP SEKALI..HEHE..

simple je kan..senang je buat...
 

Saturday, February 8, 2014

apa yang saya boleh masak

Assalamualaikum...
hai..sementara nak tunggu dipostingkan..saya buat aktiviti masak-masak..alah..untuk beginner macam aku nie tak payah lah masak yang complicated sangat =) yang biasa-biasa sudah..hehe....ini budak tahun 2 pun leh masak..hahaha


 
ini makanan tengah hari tadi =) hahaha..sebab aku sorang je makan


 
aku tak reti masak sayur =)


 
ingat nak buat poached egg..tapi macam x jadik je..hahaha..masak telur pun tak reti kan..


so..agak2 ade tak mak cik mak cik nak buat aku jadi menantu??hahaha 




Tuesday, February 4, 2014

Sahabat

Assalamualaikum
Alhamdulillah.aku tergolong dalam golongan yang bertuah.aku dikurniakan sahabat2 yang baik.sahabat yang tidak pernah buat aku rasa seorang bila dalam kesusahan...yang selalu bagi aura positif....aku sentiasa ada sahabat yang mengingatkan aku tentang solat...sahabat yang selalu membuat aku tak pernah letih untuk berubah menjadi baik...sahabat yang baik tidak akan pernah buat kita lupa yang kita sentiasa perlu bersujud kepada Allah..yang kita perlu untuk bersyukur...yang kita juga perlu berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik supaya kita ada peluang untuk menolong orang lain.alhamdulillah.itulah sahabat.yang akan mengingatkan kita disaat kita lupa.

 
sumber gambar : SINI
maaf kepada tuan belog, sebab saya tak sempat nak minta izin guna gambar nie..

Monday, February 3, 2014

Majlis Pernikahan Nasuha

Assalamualaikum..
siapakah nasuha?hehe..beliau adalah kawan sepermainan dari kecil sampai sekarang..alhamdulillah..beliau sudah pun menjadi isteri..hehe..beliau adalah kawan saya time kecik..kami sama2 mandi parit time banjir..kadang2 kami jual aiskrim sama2..jual kuih dan juga jual sayur..

cepat tol masa berlalu..kan2..haha..13 tahun mungkin sudah berlalu..dan akhirnya makin ramai dalam kalangan sahabat aku sudah berumahtangga =)

waktu kawen oja pulak aku tak dapat nak pergi kuching..sesuatu yang terjadi x dapat nak elak..baguslah dah kawen..mengajar kita supaya lebih bertanggungjawab..semoga selepas nie semakin ramai umat nabi Muhammad yang berkualiti dunia akhirat dapat dilahirkan..aku doakan supaya sahabat2 aku yang dah kawen bahagia till jannah..amin,,

 
keluarga peranteenn..


 
hehe..taktau nk tengok camera mane..hehe =)


 
nie tyme kazen aku bertunang..haha..campur baur pulak kan..haha


 
nie waktu akad nikah =)


hahaha..kantOi