Wednesday, May 14, 2014

program merentas desa-sk sok matu

hai Assalamualaikum..ayat adalah seperti di dalam buku teks.sekian

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 9 Mei 2014 SK SOK MATU telah mengadakan Program Merentas Desa.  Program ini telah disertai oleh semua murid.  Aktiviti telah dimulakan dengan senaman ringan.  Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan juga Pra Sekolah.  Murid Tahap 2 dilepaskan terlebih dahulu, kemudian murid Tahap 1 dan diikuti dengan Pra Sekolah.  Jarak perjalanan yang diikuti oleh murid Pra Sekolah adalah berbeza sedikit dengan murid Tahap 1 dan Tahap 2.  
      Terdapat beberapa orang guru telah ditempatkan di stesen masing-masing.  Selain daripada itu juga, terdapat beberapa orang guru lagi telah ditugaskan untuk mengiringi murid-murid ke garisan penamat.  Program ini julung-julung kali diadakan dan turut mendapat kerjasama daripada pihak Klinik Kesihatan Matu.  Selain daripada itu, terdapat juga beberapa orang sukarelawan yang terlibat menjayakan program ini.
        Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Guru Besar dan penyampaian hadiah kepada pemenang.





 



 






















sekian sahaja untuk kali ini =)