Sunday, June 26, 2011

kenapa memilih untuk menjadi guru

assalamualaikum..

Seperti biasa, setiap hari jumaat akan diadakan perjumpaan dengan mentor. Perjumpaan pada minggu lepas adalah perjumpaan pertama untuk semester ini. Pada perjumpaan kali ini, mentor kami telah menayangkan dua buah video yang bukan sekadar video kosong tapi cukup untuk meninggalkan kesan di dalam sanubari. Membuat saya berfikir kembali, kenapa dan mengapa saya berada di sini. Merenung kembali kenapa saya ditakdirkan untuk menjadi seorang guru.
Tayangan video pertama, telah menunjukkan permulaan perjalan seorang guru. Bagaimana guru tersebut menghadapi pelbagai keadaan, situasi dan kerenah pelajarnya. Memang betul, kerjaya seorang guru dilihat amat mudah namun hakikatnya hanya guru sahaja yang tahu. Dalam tayangan tersebut, telah ditunjukkan bagaimana guru tersebut menyelesaikan masalahnya. Akhirnya dia berjaya untuk mengubah sikap pelajarnya. Tidak cukup untuk seorang guru untuk mengajar sahaja, namun guru perlu untuk mendidik manusia menjadi seorang insan, insan yang mana lebih mulia dari seorang manusia.
Tayangan video kedua pula, mengajar kita untuk menjadi seorang guru yang adil. Guru yang akan melayan setiap pelajarnya sama rata. Bukan senang untuk menjadi seorang yang adil, apatah lagi menjadi seorang guru yang adil. Bukan senang untuk menjadi seorang guru yang sanggup menerima apa jua keadaan pelajarnya samada berbau hamis atau berbau wangi, berpakaian putih bersih atau putih kekuningan, ataupun menerima pelajar yang sentiasa melelehkan hingus hijau dihidungnya. Sebagai seorang bakal guru, kita juga harus belajar untuk menjadi penyiasat. Supaya kita mendapat jawapan kenapa pelajar A begini, kenapa pula pelajar B begitu, kenapa pelajar C yang dulunya cemerlang kenapa sekarang tidak. Kegagalan seorang guru untuk menjadi penyiasat juga biasanya akan menyumbang kepada layanan yang tidak sepatutnya diterima oleh pelajar.
Selepas tutorial ini berakhir, saya mula berfikir saya memang ditakdirkan untuk menjadi seorang guru. Tetapi takdir tidak akan menentukan samada saya akan menjadi guru yang baik atau sebaliknya. Namun, hanya saya yang boleh memilih samada saya mahu menjadi guru yang baik atau sebaliknya. Sampai ke saat ini mungkin, saya masih belum bersedia untuk menjadi seorang guru, namun tidak salah belajar untuk menerima hakikat yang satu hari nanti saya akan menjadi guru. Masih teringat sewaktu zaman persekolahan dulu, betapa payahnya untuk menyeimbangkan persamaan kimia, betapa payahnya jugak untuk menyelesaikan formula fizik dan betapa payahnya jugak untuk menyelesaikan soalan matematik tambahan. Namun sekarang baru saya sedar, kepayahan tersebut hanyalah sedikit sahaja jika hendak dibandingkan bertapa sukarnya untuk menjadi guru. Mungkin setiap seorang daripada kami yang masuk ke sini mempunyai sebab kenapa mereka berada di sini samada atas kerelaan ataupun paksaan tetapi apa yang pasti semuanya akan menjadi guru setelah pengajian berakhir. Saya ditakdir untuk menjadi guru tetapi takdir tidak pernah menetapkan samada saya akan jadi guru yang baik atau sebaliknya. Menjadi guru yang baik atau sebaliknya adalah atas pilihan sendiri. Memilih untuk menjadi guru yang baik bermakna akan menyumbang sesuatu untuk agama, bangsa dan negara. Memilih untuk menjadi guru yang sebaliknya pula bermakna kamu dalam usaha untuk meruntuhkan agama, bangsa dan negara. Saya masih berlajar untuk menerima hakikat yang pada satu hari nanti saya akan menjadi guru.

6 comments:

  1. sy brminat ngn entry ni. jika seseorang itu tlh ditakdirkan menjadi seorang guru, tetapi takdir xkn menentukan samaada seseorg itu akan menjadi seorang guru yang baik @ x. smuanya bergantung pd diri sndiri. kpd semua guru dan bkl guru, selamat bjuang dan gunalah peluang yg diberi dgn sbaiknye :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerna sudi membaca..bukan senang menjadi bakalu guru, apatah lagi mahu menjadi guru..

    ReplyDelete
  3. huhu.. ^^ yupp.. b da best teacher... insyaallah... smoga drimu mnjadi guru yg dirahmati dan dlm redha Illahi slalu...=)

    ReplyDelete