Tuesday, May 28, 2013

bot ekspres KARAM

SIBU: Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, hari ini.
Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.
Ketika kejadian yang dilapor antara jam 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada jam 8 pagi. 

petikan berita dari SINI

Pengalaman aku sewaktu balik beraya ke MATU:

last year aku start praktikal..so aku tak boleh lah nak balik sesuka hati aku..so kena ikut jadual sekolah..makanya..aku balik dekat2 nak raya..kau bayangkan macam mana keadaan kat terminal ekspres tu..dengan ramai orang..banyak barang..so..tawakal jelah..yang peliknya..pihak penguatkuasa tak pulak ambil tindakan bila ramai orang atas bot ekspres..bersangka baik lah..mungkin dieorang buat kerja tapi aku yang tak perasan..eh..bersangka baik ok..nasib aku je yang tak baik..yang paling jahanam aku rasa taukey or owner ekspres tulah..TAMAK macam lahanat je..macamlah duit boleh bawak mati..dah tau ekspres musim perayaan memang penuh..buatlah ekspres tambahan...kau dah ambik untung banyak..tak kan tak boleh nak simpan sikit duit untuk sediakan ekspres tambahan....sedih kot..hadap sangat dengan duit..bangang..

aku bersimpati dengan mangsa dan keluarga mangsa bot ekspres karam pagi tadi..RIP

SEMUA GAMBAR  BOLEH DILIHAT DI SINI 
Beliau mungkin saksi di tempat kejadian..AKU CAKAP MUNGKIN ok..tak sure..korang tanyelah..sebab aku tengok dari pagi tadi die update status pasal bot karam tersebut.


Sunday, May 26, 2013

cinta jangan pergi =)

Assalamualaikum..
hai...aku nak tulis pasal cerita kat tv =)
bukan kisah cinta aku yang memualkan korang..
ngee..haruslah eksklusif sikit kisah cinta aku..kalau selalu sangat citer..mcm murah sangat plak..ngee...
now..aku tengah layan CINTA JANGAN PERGI =)
bawah nie sinopsis yang aku copy paste dari SINI

Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. 

Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.

aku 1st tyme tengok citer nie waktu cuti PRU hari tu..terus jatuh cinta =)




Saturday, May 25, 2013

sebenarnya saya isteri dia =)

Assalamualaikum =)
biasanya kalau malam jumaat kat hostel..aku akan tengok cerita sebenarnya saya isteri dia..tapi malam nie terpaksa tengok PRIMADONA plak..huhuhu

 

aku tak pernah lg pung baca novel die..tapi tengok citer macam best je..tiz zaqyah comel lah dalam citer nie