Monday, July 23, 2012

praktikum fasa 2 : PENYATAAN PROFESIONAL

Assalamualaikum..
aku akan menggunakan kata ganti diri SAYA..sebab aku nak copy paste bende yang aku dah tulis dalam belog nie masuk folder PORTFOLIO PRAKTIKUM/AMALAN PROFESIONAL....harus lah membahasakan diri dengan sopan kenn..hahaha...aku harap korang tak muntak hijau lah lepas bace...kalo nak muntah pun ADA AKU KESAH...hahahhaha

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya merupakan pelajar PISMP Pengajian Sosial Sem 6 dan akan menjalani praktikum fasa 2 die SK Nanga Machan. Pada semester yang lepas juga, saya turut menjalani praktikum di sekolah yang sama.  Setelah selesai menjalani praktikum fasa 1 dahulu, saya merasa lebih yakin untuk menjalani praktikum kali ini.  Ini kerana, banyak pengalaman yang telah saya kutip dan pelajari semasa menjalani praktikum fasa 1 dahulu.  Jika praktikum fasa 1 dahulu, saya hanya mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Kajian Tempatan, praktikum fasa 2 saya akan mengajar satu lagi subjek untuk elektif saya iaitu Pendidikan Jasmani.

Saya akan menjalani praktikum di SK Nanga Machan, Kanowit selama 8 minggu.  Praktikum bermula pada 23 Julai sehingga 21 September.  Ini bermakna, saya akan menjalani praktikum semasa bulan puasa dan selepas hari raya. Sedikit sebanyak, situasi ini akan memberi cabaran kepada saya terutamanya untuk menjalankan kelas Pendidikan Jasmani pada bulan puasa.  Nama saya noorvina binti wahi. call me maybe! Namun begitu, saya sentiasa positif dan menganggap cabaran ini akan menjadikan saya guru lebih baik pada masa hadapan.

Saya mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan dalam situasi kelas yang sebenar.  Saya yakin dan percaya, bahawa saya dapat mempraktikkan teori dengan lebih berkesan berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani praktikum fasa 1 dahulu.

Disamping itu juga, saya merasakan mendapat satu kelebihan, apabila saya mendapat tempat praktikum di sekolah yang sama.  Saya tidak berasa kekok kerana saya telah mengenali kebanyakkan staf akademik dan staf sokongan di sini.  Saya tidak merasakan sesuatu kekurangan apabila saya ditempatkan di sekolah yang sama, kerana saya yakin kekurangan itu muncul disebabkan oleh sikap dan sifat individu tersebut.

Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SK Nanga Machan dapat menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar kepada saya.  Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya kutip sepanjang praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara saya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tempat : aku menaip di bilik guru..sepatutnya aku kena buat benda nie awal2 dulu, sebelum masuk sekolah lagi..tapi aku kan RAJIN..hehehe....

selamat berbuka puasa =)








No comments:

Post a Comment