Monday, February 10, 2014

kisah cikgu yang semakin sedih

Assalamualaikum
sepanjang menunggu posting nie kan..aku sempat membuat pemerhatian melalui media sosial dan juga keadaan realiti yang sebenar apa yang dilalui oleh guru...aku mungkin belum mengalami keadaan yang sebenar namun aku dapat rasakan apa yang dilalui oleh guru semakin tenat..apa yang makin tenat?persekitaran tugas guru yang semakin mencabar..kita tidak perlu bercerita mengenai kehebatan sistem online yang digunakan dalam sistem pendidikan sekarang..semua mengakui SISTEM ONLINE INI MEMANG HEBAT..namun apa yang lebih hebat?peranan sesetengah ibu bapa, pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik dan juga sikap murid-murid zaman sekarang..semuanya tergolong dalam band 6....

Pertama, melihat peranan sesetengah ibu bapa.  Ibu bapa zaman sekarang memang tidak dinafikan mempunyai kesedaran yang amat dan sangat tinggi dalam keselamatan anak-anak mereka disekolah..iye..ia satu perubahan yang sangat positif..namun apa yang membimbangkan adalah apabila ibu bapa menjadi "SANGAT MELINDUNGI" anak-anak..bagaimana kami, guru dan bakal guru ini menjalankan tanggungjawab kami dengan sempurna apabila kami seringkali diugut dan juga dihantui saman-saman..tugas kami bukan hanya mengajar..kami perlu untuk mendidik anak tuan-tuan dan puan-puan...kami tahu batas kami...mungkin ada juga silap kami dalam menjalankan hukuman dan dendaan..tapi bagaimana pula dengan keadaan apabila semua tindakan kami seolah-olah dipandang sebagai satu penderaan..bagaimana kami mahu mendidik..adakah kami hanya perlu untuk pandang dan lihat sahaja?mungkin ibu bapa lupa bagaimana mereka dididik suatu ketika dahulu..iye memang betul..mendidik ikut zaman..zaman sekarang apa yang kami perlu buat??bagitahu kami supaya anak2 tuan-tuan dan puan-puan menjadi INSAN bukan hanya menjadi manusia?MENEGUR?baik lah kami akan terus menegur..hanya itu mungkin kami boleh buat..tapi..tuan-tuan dan puan-puan..jangan salahkan kami bilamana anak2 tuan-tuan dan puan-puan menjadi salah seorang daripada angka statistik yang menyumbangkan kepada kebejatan sosial..

Kedua...pengamal media..terima kasih kerana seringkali mensensasikan kisah guru..kadang-kadang *bilamana aku guna kadang-kadang, itu tidak bermaksud selalu* menjadikan guru seolah-olah penjenayah...semua tindak tanduk guru menjadi sumber berita yang melariskan surat khabar..GURU PUNCA MASALAH SOSIAL SEMAKIN MENINGKAT, GURU PUNCA KEMATIAN PELAJAR, GURU LALAI MURID MATI DAN SEGALA SATU MACAM LAGI BERITA MENGENAI GURU...namun kadang-kadang, bila mana keputusan peperiksaan diumumkan..jarang2 usaha guru diiktiraf..PUSAT TUISYEN ABC menjadikan anak saya cemerlang dalam peperiksaan..KESIAN GURU..tapikan apabila sesuatu terjadi yang buruk-buruk biasanya..mudah saja mengaitkan guru dengan keadaan tersebut..kami tidak minta kami dianugerahkan darjah kebesaran atau apa2 pingkat sekalipun..tapi cukuplah dan berhentilah menyalahkan kami apabila terjadi sesuatu yang buruk..Allah ada untuk kami..yang selalu ingat kat kami..aku pun nak pesan..sebelum menulis sesuatu lahkan..baiknya kalo kita dapat fikir balik..kalau2 apa yang kita tulis lagi banyak tokok tambah dari fakta yang sebenar..elok lah juga kita temu ramah guru..tanye ape yang sebenarnya berlaku..

Ketiga..murid-murid zaman sekarang kebanyakkannya..sangat kurang ajar..kuat melawan..tidak mendengar cakap..tidak menyiapkan kerja sekolah..siapa yang patut disalahkan?ok.berhenti menunding jari kepada siapa2..semua ada saham sendiri dalam setiap kelalaian yang terjadi.

Akhir sekali...aku nak cakap..iye..memang aku tidak ada pengalaman langsung..sebab aku belum lagi jadi cikgu sebenar..namun aku rasa CABARANNYA semakin besar untuk menjadi guru...ntah, aku tak paham bila orang cakap jadi guru itu senang...kita nie kan..sebenarnya tidak ada hak pun nak cakap kerja si A itu senang..kerja si B itu senang..kerja kita je yang susah dan complicated..siapa kita?adakah kita berada di tempat mereka....guru juga manusia..kadang2 mungkin tersilap..tapi adilkah bila guru sahaja disalahkan..


sekian sahaja untuk serius petang hari nie =) hehehee






No comments:

Post a Comment