Monday, October 1, 2012

buku untuk saya, kamu dan mereka : di hamparan shamrock kuseru nama-Mu

Assalamualaikum..
alhamdulillah..dan akhirnya aku berjaya jugak membaca buku nie sampai ke penghujungnya..seperti yang aku telah janjikan sebelum nie..aku nak berkongsi pasal buku yang aku rasa best dan menarik..nak kata aku nie jenis rajin membaca tak jugak..ikut keadaan lah kot..haha..kadang2 rajin..kadang2 malas..macam korang jugaklah..hahahahah..tapi taktau lah kalo korang memang sentiasa rajin..aku memang tak lah nak hari2 rajin..macam aku dah cakap tadi..ikut tempat, keadaan dan masa..hehe..
korang pernah baca tak
AKU TERIMA NIKAHNYA???
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA???
MURABBI CINTA???

maaf iye tuan belog..tak mintak izin ambil gambar nie..aku amek gambar dekat SINI

aku belom baca lagi buku MURABBI CINTA..yang dua tu dah baca..so..korang misti kenal dengan penulis die kan *kalo korang dah bacalah*..

buku yang aku nak citer kali nie pun hasil tulisan beliau jugak *di hamparan shamrock kuseru nama-Mu*..buku nie best..perjalanan seorang muslim di bumi asing..aku rasa buku yang sangat jujur..aku rasa paling sedih bila baca part biasiswa beliau kene gantung..kemudian macam2 ujian je beliau hadapi sebelum menghabiskan pengajian beliau..paling sedih bila beliau kemalangan..kemudian masuk penjara..macam2 lagi lah..aku cadangkan kalo ada masa boley lah baca buku ni..sangat best...

sedikit sebanyak mengenai buku ni =)
aku ambil dari belakang buku
Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway dan seluruh pelosok United Kingdom. Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami.

korang bacalah..
aku paling suka tulisan beliau mengenai TERSILAP PLANET, katanya :
 *JIKA KITA SUKA MENGHARAPKAN KEBAIKAN KITA DIHARGAI DAN DSEBUT-SEBUT, SAYA KIRA KITA TERSILAP PLANET. HAL INI PERLU DIFIKIRKAN SEMASAK-MASAKNYA OLEH KITA SEMUA. HANYA DENGAN ITU SAHAJA, THE UNSUNG HERO YANG RAMAI DI TEMPAT KERJA, TIDAK BERPUTUS ASA UNTUK TERUS MELAKUKAN KEBAIKAN, BIAR  PUN TIADA SIAPA YANG PEDULI APATAH LAGI MAHU MENGARGAINYA.*

akhir sekali aku ingin berterima kasih kepada rum8 aku NURADILA MOHD JALIL kerana memberi aku peluang dan ruang untuk membaca buku tersebut..rum8 aku selalu bagi pinjam buku dekat aku..hahaha..

inilah buku dia =)







1 comment:

  1. Kalo ikutkan Shamrock ya hidup di Ireland ajak...

    ReplyDelete