Thursday, October 17, 2013

oreo coklat cheese cake ala datin vina

Assalamualaikum
hai.ini nama die resepi campak2 ikut suka hati den.untuk yang takde oven.boleh kukus.senang je.yang penting sedap.coklat cheese cake yang paling simple dan mudah nak buat.

Bahan-bahan untuk lapisan coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung

*panaskan sampai sebati atas dapur menggunakan api yang kecil sahaja

Bahan-bahan untuk cheese
250 g cheese
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar gula

*pukul cheese dan gula sampai sebati. Kemudian letak air, telur dan tepung gandum

Cara membuat
  1. Lapisan coklat yang telah sebati bahagikan kepada dua bahagian.  Untuk lapisan bawah, kukus selama 20 minit.
  2. Letak oreo di atas lapisan coklat tadi *susun lah ikut suka korang*
  3. Kemudian letak lapisan cheese.  Kukus selamat 20 minit juga
  4. Akhir sekali letak lapisan coklat.  Kukus 20 minit jugak

kepada yang berminat yang berada di matu daro, nak makan cheesecake tapi malas nak buat, jualan coklat cheese cake akan dibuka pada cuti hujung tahun nanti.

gambar aku amek tak cantik

mari menternak lemak.tak rugi pung =)


coklat ganache aku buat sendiri.senang je.letak planta, susu pekat tambah sikit air then serbuk koko.kuantiti semua ikut sedap sendiri.tengok2 macam dah likat, jadik lah tu.

nota kaki: petua nak buat kek sedap, baca bismillah, ikhlas kan hati time buat kek then kukus kek dengan penuh kasih sayang.insyaAllah sedap.

2 comments:

  1. sumpah senang! sekarang ni berharap je mood rajin nak buat. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...aku lapar.....hahahah

    ReplyDelete