Thursday, October 31, 2013

wajah gembira kami di tahun akhir.

Assalamualaikum
entri perasan.aku lama dah rasa tak gembira di sini.tapi bila aku jadi pelajar tahun akhir, aku sangat gmbira.sangat2..so...kt enjoy...lalalala

 
ini waktu dinner

housmate waktu praktikal kat sibu =)

 
aku yang paling serius bercita-cita nak jadi datin.lalala

 
yang mula2 tenangkan aku waktu mula2 masuk sebab putus cinta.hahaha...

yea!!!dah nak habis belajar di sini

 
doakan kami supaya menjadi guru yang berguna untuk agama kami

gigih pergi lebry sebab nak jadi cikgu yang berjaya.hahaha

KAMI =)

5 TAHUN SETENGAH KAMI BERSAMA.selalu tumpang tidur d katil mereka.dulu selalu tolak2 katil tengah2 malam =)

 
kisah kami =)
 
 
rum8 saya dari korea.mata sepet =)


sewaktu seminar =) 

 
ukhwah terjalin di sini

 

 
banyak lagi gambar, kang kalo letak sume gambar kat sini.fengsan pulak korang tengok.haha..gambar di sini haruslah yang sopan2.santun2.nasib ada camera canggih2 kawan2 aku nie.kalau tak, sumpah x selera korang nak makan tengok muka aku yang banyak jerawat.

TEASER : outing terakhir bersama

Assalamualaikum
kisah semalam
tapi tak larat lagi nak cerita
layan lah gambar duakepingini dulu

 


adios amigos.gud luck untuk final.

Tuesday, October 29, 2013

how my ex can be my friend

hi assalamualaikum
ini cerita lagha.
main2 sahaja.untuk panduan mungkin boleh jangan buat jadi ikutan.

haha.ini kisah cinta awan yang terpilu aku.kenapa nak tulis kat blog aku..senang je jawapan die.sebab ini BELOG AKU..lalala..aku tulis ini buat kenangan time aku tua nanti.manelah tau..banyak sangat benda nak ingat..nanti bila aku dah pencen..aku godek balik entri lama2..boleh lah tau takat kebangangan aku tahap mana..hahaha..

balik2 tulis pasal exbf..ko tak move on lagi ke..gila x move on..aku dan dalam fasa bersedia kawen dah nie dik non oi..aku saje je tulis sebab aku bosan.so aku tulis lah.random.

One person is usually the heartbreaker, while the other mulls over the breakup for weeks, even months. It's never easy to break up with someone you've shared good times with (and even if they were bad times, they were still times).

aku bukannya bulan2..tapi tahun2..seingat aku lah kan..mula2 break up 2 ada lagi msg2..aku terus hilangkan diri  bila aku tahu ex aku dah ada gf..so aku pun hilangkan diri..macam dalam citer novel je kan..hahaha..

akan tetapi segalanya berubah selepas lima tahun kami break up..sebab dalam tempoh lima tahun tersebut aku cuba untuk menjadi wanita dewasa =) lalala

so, aku rasa tak salah kot kalo nak jadi kawan..aku malas dah nak fikir pasal benda yang lepas2...sakit jiwa tau x nak benci orang lama2..silap hari bulan masuk wad mental..so..why not we try perbaiki keadaan..perbaiki keadaan bukan maksudnya kau kena buat u turn balik..perbaiki keadaan macam tak payah nak gaduh2..nak ungkit masalah yang lepas2..kalau exbf kau tu sama stadi or kija dengan kau misalnya jadi cikgu jugak..kau boleh dapat benefits tau x..boleh mintak rph die, ape lagi..macam2 lah yang korang punya mutual interest *misti korang cakap, macam takde orang lain nak mintak tolong*..boleh je mintak tolong dengan orang lain..aku just bagi contoh je..nanti kalau exbf korang kawen, mane tau korang leh jadi bestfriend dengan wife die pulak kan..hahaha *boleh ke*..ex aku belum kawen aku dah awal2 kena sembur dengan gf die..hahaha...xpelah..salah paham kot..-AKU TULIS DARI SUDUT PANDANGAN AKU SEBAGAI PEREMPUAN

aku tulis macam nie supaya dalam dunia nie kita tak banyak sangat musuh..sakit hati kat orang..hehe..tapi kalo tak nak kawan langsung dengan ex kita pun lagi bagus kot...haha..entah lah..aku pun serabut..

eh, kenapa aku tetibe merepeks kerepeks benda ni??sebab aku nak final..aku tak tau nak buat ape..haha..ok lah.buang masa je korang baca.takde isi pun.aku nak stadi.insyaAllah aku stadi lepas nie.






Monday, October 28, 2013

KEBAKARAN : tragedi oktober sebelum raya aidiladha

Assalamualaikum
Pada hari raya aidiladha yang lalu, satu kebakaran yang agak besar telah berlaku di Matu.  Lokasi kebakaran adalah di kampung Tian...alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa.kerugian aku tak tau.kebakaran jadi teruk sebab jarak rumah dekat2..apa yang lebih menyedihkan TIADA BALAI BOMBA YANG BERADA DI KAWASAN TERDEKAT....MATU DARO TIADA BALAI BOMBA...BALAI BOMBA YANG TERDEKAT ADALAH DI MUKAH...kalau lah BOMBA ada..mungkin jumlah kerugian dapat dikurangkan..x tau lah nak cakap ape...masalah bomba nie, sama macam masalah air, letrik dan kabel internet yang selalu kena curi..pi mai pi mai tang tu jugak...sendiri mau ingatlah lepas nie..cuma masalah ini tak MASUK TV3 JE..lebih dari 10 rumah yang terlibat..takziah kepada mangsa..ini gambar adik aku yang amek.lagak macam YB lawat kawasan amek gambar kawasan kejadian..aku tidak berkesempatan pergi ke kawasan kejadian..alhamdulillah, ada juga sedikit sumbangan yang telah diberikan oleh pihak bertanggungjawab untuk meringankan beban mangsa.semoga Allah merahmati kalian.


gambar ini aku mintak dari junior aku tyme sekolah dulu..sakinah
sewaktu kebakaran


 


 


selepas kebakaran..adik aku pergi ke tempat kejadian




aku cuma terfikir, kalau lah kejadian ini berlaku di negeri pembangkang, misti dah jadi isu besar kerajaan negeri tak bertanggungjawab dan hal kebakaran ini pun masuk surat khabar front page dengan header KAW2 NYE PUN...ok.berhenti.mari kita husnuzon.aku tidak memihak kepada mana2 parti pun..cuma aku mahu hidup anak bangsa dan cucu cicit aku nanti lebih senang dari hidup aku.sekian.dan aku rasa posting ini dah macam caca marba dah.random.mari lah kita muhasabah diri.ini mungkin ujian dari Allah yang datang dengan cara begini yang mungkin membawa seribu satu hikmah dan nikmat..mana tau, abang najib akan bagi kita balai bomba pulak lepas ini =).ini baru namanya rakyat didahulukan.

Sunday, October 27, 2013

resepi : ice cream cheese misi shelly

Assalamualaikum
hai.sedih.memang sedih.tapi aku tetap bangga.walaupun pernah kena kutuk team cap ayam..kami tetap mampu melangkah sejauh ini =) .. untuk mengubat kesedihan kita, mari sama2 kita belajar buat ice cream cheese...panjang ceritanya..hahahahaha

ini kisah bestie aku shelly...alah..yang cantik macam orang putih 2..hahah..hari ini beliau sangat gembira sebab ada beli satu benda yang sangat best dalam dunia ini, iaitu :

ini namanya stand mixer untuk buat cake bukan untuk bancuh simen..haha

alkisah beliau berhajat nak buat cheesekut..akan tetapi...ini jadinya

 
adunan sangat cair..CAIR MACAM AIR mungkin..aku taktaulah kejadian adunan ini..shelly ini bijak, aku dah bagi resepi, gatal tangan tambah itu ini..so ini MAKAN die...haha..darhaka lagi dengan aku...

akan tetapi beliau mengambil langkah bijak...alter resepi ini menjadi adunan seperti di bawah ini :



adunan ini telah ditambah dengan serbuk agar-agar =)


so...jadi lah begini 

 

heheeh..hebat tak..dari cheesekut bertukar menjadi ice cream yang sedap ini..hehe..

tak percaya??ini bukti die


 
hehe..sekarang percaya tak sedap..hehe...

Bahan-bahan:
250 g cheese
Butter *3 sudu besar sudah memadai*
susu pekat *SEPATUTNYA GUNA 1/4 SAHAJA*
susu cair 
serbuk agar2

Cara Membuat :
  1. Pukul semua bahan kecuali agar-agar..agak2 dah blend sume bahan berhentilah pukul
  2. Panaskan semua bahan di atas periuk kemudian tambah serbuk agar
  3. Sejukkan di dalam peti ais
  4. Selamat untuk dimakan

mesti korang confuse siapa yang buat benda nie sebenarnya..INI SHELLY YANG BUAT, aku bagi instruction via phone je..lain kali derhaka lagi dengan aku..hahaha..kan x dapat nk mkn cheesekut..haha..ice cream cheese pun boleh =)

 
ini lah kawan aku yang buat cheesekut tak jadi tapi jadi ice cream

sekian sahaja untuk kali ini.resepi ini nama penuh die ice cream cheese misi shelly inspired by datin vina.nak tulis kat tajuk atas tu macam panjang sangat dan tak kuasa orang nk baca.sekian.




Saturday, October 26, 2013

LAPORAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI

LAPORAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI
Pagi tadi 26 Oktober 2013 bersamaan dengan 21 Z/Hijjah 1434 kami pelajar tahun akhir telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat IPG Kampus Rajang.  Pertandingan sepatutnya diadakan lebih awal namun terpaksa ditunda di atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.  Namun demikian, ia langsung tidak mencacatkan persiapan kami. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertandingan tersebut.


Assalamualaikum
Walawey...skema tak bley blah kan...hahahahaha..itu hanya mukadimah abang adik kakak oi..hahaha..tak kuasa aku....untuk mengetahui perjalanan majlis tenung gambar kat bawah nie lame2 :

 
yang ini kerja senang.kopi pasta dari fb..malas aku nk type satu2

Gambar di bawah akan memudahkan lagi korang membayangkan perjalanan pertandingan awal pagi tadi.Selamat menjamu mata.

 
PERJALANAN KE MEDAN PERANG

PENDAFTARAN

PERASMIAN

PEMERIKSAAN BARISAN

PEMERIKSAAN BARISAN

PEMERIKSAAN BARISAN OLEH ABANG LONG KAWASAN

PESERTA PERTAMA

PESERTA KEDUA

PESERTA KEEMPAT 

YANG INI KETIGA...SALAH UPLOAD PLAK 

TOLONG ABANG LONG KAWASAN KIRE MARKAH =)

EHEM2 =)

TIDAK SUKA GANGGUAN SEWAKTU MENJALANKAN TUGAS, AMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERSENDIRIAN =)

 KIRA MARKAH JUGAK =)

antara mereka yang hadir..AYAHANDA banyak kerja tidak dapat menghadirkan diri


 
keadaan kacau bilau seketika



KEPUTUSAN :
  1. KRS
  2. PENGAKAP-KOMANDER TERBAIK
  3. BSM
  4. PANDU PUTERI
GAMBAR KAT BAWAH.TAK LARAT LAGI AKU NAK BUAT CAPTION.








ini adalah kali kedua kami menganjurkan pertandingan kawad kaki...seronok sangat, kalau boleh tiap2 tahun nak anjur.sebab x de kije lain nak buat...gambar/entry behind the story nanti publish..terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung =)