Wednesday, October 31, 2012

akhirnya dia menjadi milik saya

Assalamualaikum..
sebenarnya aku lama dah jatuh cinta dengan dia
waktu 1st time tengok dah cinta...
tapi keadaan menyebabkan segala2nya menjadi sukar
dan akhirnya..
ahad yang lepas...semuanya selamat
jodoh kami masih kuat...
yang kutunggu-tunggu selama ini..
jadi milik aku jugak..









jeng2..benda ini lah..hahaha...
orang sibok beli pen bagai nak exam..aku beli benda nie..hahaha

Thursday, October 25, 2012

makan malam tahunan =)

Assalamualaikum..
alhamdulillah...maka semalam berakhirlah sudah makan yang penuh MERIAH..hahaha..makan pun agak SEDAP..haruslah aku cakap sedap..sebab dah bayar RM35 woooo...hahahahaha...

sebenarnya aku bertolak dari hotel dari rumah...rumah aku kat matu..so kena pergi sibu lah sebab nak DINNER..agak PENGORBANAN di situ iye.. *padehal..aku tak drive pung*..

aku menceceh banyak2 bukan korang nak dengar pun kan..tengok jelah gambar nie =)






































lepas nie fikir pasal exam plak..stadi2..malas..hurm...tak pe..kita balik rumah beraya lu *padehal seminggu dah buat cuti sendiri kat rumah* lalala .. tak sabar nak cuti =)

balik rumah jap//tengok adam&vina *hahahaha ADAM&HAWA*..tengok che la *mastercheft malaysia*..
bakar mercun, maen bunga api, makan rendang *raya haji*... memandangkan jadula aku tersangat penuh..so aku perlu cari masa yang sesuai nak belajar sebab isnin dah exam =) 

doakan supaya aku dapat menjawab soalan dengan senyuman.k bai.

Thursday, October 18, 2012

julia =)

aku rasa episod julia hari nie paling sedey..
aku nangis kot..
paling kesian kat julia..
jahat betol ex husband die..
hampeh!

cuti seminggu =)

akan bercuti sehingga minggu depan =)
ahad balik..esoknya isnin terus final..omaigad...
seronok di rumah..walaupun makan dengan garam and kicap je..
esok bawak semua baju balik...
tinggal baju untuk exam je..
cuti akhir tahun dah bermula..

dan mungkin juga semuanya akan berubah after balik rumah nanti
aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar..
mak cakap sabarlah
Allah mempunyai rancangan yang maha hebat untuk hambaNya








Wednesday, October 17, 2012

monaco =)

aku teringin nak pergi monaco..dulu tak sangat..tapi sekarang..memang aku nak pergi..lagi2 after tengok gambar kak eynda pergi monaco....bangunan yang best2..aku suka seni bangunan mereka..

oksigen saya =)

Assalamualaikum
malas nak tulis korang tengok jelah gambar 

mak ayah aku *macam tak de gambar lain..haha..ada, aku malas nak upld..sebab duduk kat malaysia kan..line internet, bb sume macam siput vavi je*

adik aku




raya 2009


gambar dari gambar

last sekali....jeng2


adik aku tyme kecik2 lu...

gambar ambil dari SINI


Monday, October 15, 2012

helikopter hampir terhempas di kampung saya : di tepi rumah

Assalamualaikum
berita pagi tadi..mula2 macam tak percaya..lepas tu bukak fb..and mak kol..rupanya berita ini betul2 sahih..kejadian mungkin pada awal pagi tadi..
mungkin ada masalah yang tak dapat dielak so dieorang buat pendaratan kecemasan




semua selamat 


menurut sumber yang boleh dipercayai..salah seorang mangsa adalah penduduk kampung jemoreng..mungkin beliau berkhidmat dengan ATM..

terima kasih kepada zirol jmrg gambar ambil copy paste dari die =)

nak citer..aku pun anak askar jugak..tapi askar pencen lah..haha..ayah aku pencen lu tyme die dah jadi pegawai waran *aku tak tau lah ejaan benda nie betul ke tidak*hahaha

ok..tak tau di mana kampung saya??DI SINI lah kampung saya 

Sunday, October 14, 2012

perth or sydney

assalamualaikum
sejuk.dari semalam hujan.alhamdulillah.tiba2 teringat satu cerpen yang aku baca sewaktu sekolah menengah dulu..looking for a rain god..aku bersyukur ada nya hujan di sini....

aku berazam..bermula dari hari ni aku akan menghitung tarikh untuk berpergian ke Australia...mungkin aku akan ikut pak cik aku..tapi aku misti kumpul duit lu =)

aku kalo bab pergi jalan2 *sanggup berkorban apa saja*
mungkin perancangan nie mengambil masa yang lama..hujung tahun 2013 mungkin..kalau umur aku masih panjang dan dimurahkan rezki..ini hanya perancangan..2012 belum lagi habis..aku sudah merancang aktiviti untuk hujung tahun 2013 *bab berangan aku sentiasa number satu, tak payah nak heran sangat*

kenapa hujung tahun 2013??sebab aku dah habis stadi tyme 2..aku nak melupakan segala kenangan yang tak berapa manis sepanjang aku belajar di sini..kenapa misti australia??ntah...mungkin ada sesuatu yang menarik aku untuk pergi ke situ..

doakan semuanya berjalan dengan lancar..

Saturday, October 13, 2012

cinta vs duit


Mak dara : “Siapa dia Kasim Selamat? Lawyer? Majistret?”
Sabariah : “Ahli muzik”
Mak dara : “Ahli muzik? memang pantang datuk nenek aku ahli muzik!”
:: “Sabariah! kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang aku suka, harta benda ku terpulang pada kau, tapi kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang kau suka, kau tersingkir dari kaum keluarga ku!”


hai assalamualaikum...
ingat lagi tak dialog kat atas tu dalam cerita apa??
kalo korang tak ingat..meh aku gitau..dialog kat atas tu ialah dialog dalam cerita IBU MERTUA KU .. cerita nie main tahun 1962..lama dah tu..so..ape motip aku sekarang letak dialog tu kat atas...motip die aku nak gitau..persoalan mengenai duit vs cinta memang dah lama menjadi perbualan dan perbincangan hangat dalam kehidupan kita..

ini adalah pendapat peribadi aku tak dipengaruhi oleh orang perseorangan atau mana2 pihak yang berkepentingan mengenai CINTA VS DUIT

  1. jujurnya..aku akan susah hati kalo tak de duit...sebab duit adalah salah satu faktor untuk membuat aku gembira *aku tak cakap duit faktor utama, aku hanya menyatakan duit merupakan SALAH SATU FAKTOR..u get me???*-so banyak lagi faktor2 lain yang akan membuat aku gembira
  2. aku yakin dan percaya, bila aku berkahwin, CINTA AKU TAK LAKU BILA AKU PERGI KE GIANT NAK MEMBELI 1 KILO AYAM...*boley bagi saya 1 kilo ayam tak,tapi sekarang saya takde duit, tapi saya sangat mencintai suami saya, boley tak kalo saya tak payah bayar harga ayam nie, sebab saya nak masak untuk orang yang paling saya cintai*--agak2 lah kan, apa akan terjadi pastu..silap hari bulan, kat situ jugak ko kena ketuk dengan ayam--kalo beli barang dekat giant, kita memerlukan duit bukan cinta..
  3. "sayang, pampers baby dah habis lah, tolong belikan boley"--seee....TOLONG BELIKAN..so maknanya kita perlu DUIT untuk membeli....agak2 kalo pergi beli dengan CINTA orang tu nak jual dengan kita tak???jawapan die TAK NAK
  4. "abang, duit tuisyen amir tak bayar lagilah, nanti abang jangan lupe bayar ea"--seeeee..keyword die JANGAN LUPA BAYAR--kalo bayar kena guna duitkan..DUIT SEKALI LAGI..kalo bayar guna cinta boley???HARAP MAAF..CINTA TAK LAKU DEKAT PUSAT TUISYEN..
  5. "kenapa letrik xde nie, rumah sebelah elok je ade letrik..awak tak bayar bil letrik dekat SESCO ke"-sebab aku duk kat sarawak, so tak guna TNB okeh..hahaha--point seterusnya AWAK TAK BAYAR---sooo....kalo nak bayar, perlukan duit!..cinta anda laki bini tak kan laku dekat SESCO..
kesimpulannya, duit amat penting dan perlu..kalo parents kita tak bagi kita kahwin dengan orang yang takde kije tetap or pendapatan tetap..jangan nak marah sangat lah wey....ada rasionalnya...memang DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA..aku tak nafikan..tapi dunia sekarang amat kejam *emo plak kan* SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT--

cuba korang belek surat khabar..tengok berita..baca majalah..salah satu faktor yang menyebabkan penceraian adalah masalah DUIT *keyword aku SALAH SATU FAKTOR, BUKAN SEMUA PENCERAIAN DISEBABKAN OLEH MASALAH DUIT*

iyelah..masa muda2 nie *eh, muda lagi ke*hahaha..memanglah cakap "saya tak perlukan duit awak, yang penting kita saling mencintai"--tunggu lah 5 tahun yang akan datang...kalo laki ko tu..masih tak kerja..aku rasa dialog akan bertukar sebaliknya "saya berhak untuk hidup dengan orang yang mampu membahagiakan saya, yang dapat bagi kesenangan untuk anak-anak saya, baik kita bercerai je"..

bukan masalanya tak nak hidup susah bersama, tapi kalo dah dari hari pertama sampai hari terakhir kita hidup pun, masih hidup susah, maknanya..laki kita tu tak berusaha nak carik DUIT...kita berhak nak menikmati hidup yang lebih baik..

masa sekarang pun..aku rasa sebagai perempuan..kita tak boley sangat nak mengharapkan duit laki..cari duit sendiri..sebab sume benda sekarang perlukan duit..

yang terakhir sekali *tadi dah kesimpulan, pesal plak nak yang terakhir sekali*-sukahati akulah, belog aku-..remaja kat luar sana *yang tak remaja pun boley juga*...fikir elok2..fikir bagus2...jangan sampai dibutakan oleh cinta..tapi jangan pula menjadi HAMBA DUIT..

cinta antara si suami dan si isteri hanya LAKU untuk mereka sahaja..akan tetapi duit laku di mana2 pun..waima nak pergi toilet pun, u kena bayar guna DUIT..

CINTA MEMERLUKAN DUIT, TAPI DUIT TAK PELUKAN CINTA..
selamat beramal

notakaki:JANGAN JADI HAMBA DUIT *wey!berapa kali aku nak cakap benda yang sama nie..JANGAN JADI HAMBA DUIT*

sebarang pendapat amatlah dialu-alukan


da tengok cerita PISAU CUKUR tak???


ambil dari SINI


motip letak gambar nie???lu pikirlah sendiri!

Thursday, October 11, 2012

laptop pun ada perasaan

Assalamualaikum..
pertamanya..aku rasa sangat bersyukur pada hari nie..kerna semuanya telah dipermudahkan urusan aku..ta Allah..alhamdulillah..terima kasih juga kepada datin lily, datin zaza dan datin bella...and korang patut bersyukur jugak...sebab korang dah selamat sampai sini..hahahhahaha..

so..aku nak cerita pasal laptop aku...laptop nie aku dah guna masa aku mula2 stadi kat sini lu..kira lama lah jugak...panjang umur dia..cuma...lately nie die macam buat perangai plak..biasalah acer..skrin die slalu jadik problem0 de amor..pening mata aku dibuatnya...skrin dia jadik macam tb rosak..sakit mata i tau...

masa praktikum aku sabar jelah guna lappy nie..pening tu tak yah ckp lah..memang pening....hari2 datin zaza dengar aku mengomel pasal lappy nie..aku cakap aku nak buang lah..nak jual lah..nak campak lah..serius..aku rasa memang nak jual je lappy nie..saje je tau buat orang sakit hati..

balik dari praktikum,,aku pinjam lappy adik aku..ari2 aku cakap nak jual lappy nie..so dah ade lappy adik aku..memang taklah aku nak guna lappy skrin rosak nie..buat sakit hati je...

and semalam...aku try bukak...walawey...hahahaha...dia dah sihat macam mula2 kami kenal dulu..haha..aku rasa lappy aku nie takut kot, kalo aku betol pergi jual dia..hahahaha...sekarang nie pun aku guna dia untuk update belog aku nie..*tau takut*

ok..sekian sahaja untuk hari ini..maaf..macam merapu tapi sumpah nie citer betol *haip..tak elok maen sumpah2..kang jadik SESUMPAH*hahahaha

sekali lagi..terima kasih kepada datin bella, datin lily dan datin zaza =)


dan sekali untuk datin meletups ZAZA, BELLA, LILY, ADA, AMYRA, LALA, ANNE, VILASH DAN RINA : korang memang datin meletups macam kari letups maggi =)

gambar ambil tanpa kebenaran dari SINI