Wednesday, July 17, 2013

surat untuk ex-boyfriend

Assalamualaikum *haruslah aku bagi salam dulu*
to my exboyfriend-that left me almost 5 yrs ago =) *and sekarang saya gembira sebenarnya*
hai awak..semalam ingat tak tarikh ape?16th July?..selepas 2 hari saya masuk kolej *alasan masuk sebab nak sama dengan awak jadik cikgu* awak tinggalkan saya *sumpah, sekarang saya dah tak kisah*..and saya dah move on..eh, kalo dah move on nape nak tulis surat bagai *sebab saya TAKDE BENDA DAH NAK BUAT DAN SAYA MALAS NAK BUAT KERJA YANG SEPATUTNYA DAN SAYA RASA NAK UPDATE BLOG JE*
sebenarnya..tahun pertama dan kedua..agak susah untuk saya nak berdiri..tapi sekarang saya dah boleh berlari..sekarang life saya sangat best..semua nya best *yang tak best ELAUN TAK MASUK2 LAGI*..saya ada family yang best..kawan2 yang best..and HONEYSTARZ yang sangat baik DAN SELALU ADA SETIAP KALI SAYA BAGUN DAN JATUH..see...life saya sangat awesome sekarang..

saya harap life awak pun awesome macam life saya ni..saya tak marah awak dah..kita dah jadi kawan pun sekarang kan...sekarang pun awak dah kije kat sini...so...what to do..hahaha..welcome to my fabolous state =) ngeh2...btw..awak..sekarang..saya betol2 rasa nak jadi cikgu..bukan sebab awak lagi..so kalau saya jadi cikgu yang berjaya lepas nie..awak tak payah nak perasan lah ek..haha..eh..now, saya jugak bercita2 jadi datin..nasib baik awak tinggalkan saya dulu..kalau tak..mesti awak menyesal sekarang..sebab saya akan paksa awak jadi dato'..hehe

sekian
exgf yang dah boleh berlari

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

eh, aku tau..kadang2 kau baca blog aku kan..haha..and kau mesti hepi walaupun kt dah clash aku tetap tulis pasal kau...tapi kau tak payah nak perasan =) .. aku tulis nie pun sebab aku bosan..taktau nak buat ape..

Tuesday, July 2, 2013

Sistem Pengambilan Guru di IPG

Assalamualaikum.
Sistem Pengambilan Guru di IPG (Institut Pendidikan Guru@Maktab)
Benar seorang guru itu haruslah professional dan cekap dalam menjalankan tugasnya, apatah lagi dalam zaman ini yang penuh dengan pelbagai masalah dan isu merepek yang cuba mencari perhatian. Itu tidak dapat saya sangkalkan lagi.
Apa yang menjadi persoalan saya ialah, apakah masa depan bakal-bakal guru yang telah 5 tahun menuntut di IPG?
Sistem pengambilan guru di Malaysia amatlah unik. Para penuntut di IPG ini dipilih berdasarkan keputusan yang cemerlang dan temuduga yang telah dijalankan sendiri oleh tenaga pengajar di IPG. Keputusan minima untuk layak ditemuduga ialah mendapat 6A dalam SPM. Seterusnya calon akan menjalani temuduga yang akan dinilai oleh para pensyarah di IPG, bahkan kadangkala Tuan Pengarah IPG sendiri yang turun padang menjadi panel penemuduga.
Kurikulum pendidikan guru di IPG amat lengkap dan sangat bertepatan dengan haluan para penuntutnya sebagai seorang bakal guru. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah menjurus kepada pembentukan mentaliti seorang guru yang proaktif dan fleksibel kepada cabaran semasa.
Namun, saya amatlah kecewa apabila mendengar khabar yang mengatakan para penuntut di IPG pada masa akan datang tidak akan lagi mendapat penempatan secara automatik. Ini kerana, IPG adalah sebuah PUSAT LATIHAN. Sebuah PUSAT LATIHAN di mana seorang lepasan SPM yang mendapat keputusan minima 6A, dan dirasakan sesuai perilakunya oleh pensyarah(bekas guru), dilatih siang dan malam untuk menjadi seorang guru.
Untuk pengetahuan tuan puan, PULAPOL ialah sebuah pusat latihan untuk menjadi Polis. Calon yang telah terpilih semasa temuduga akan menjalani latihan selama beberapa bulan sebelum menamatkan latihan mereka. Calon yang dirasakan tidak sesuai dan tidak layak menjadi polis tidak akan ditauliahkan, malah digugurkan dari sesi latihan. Manakala calon yang selebihnya secara automatik akan bergelar seorang POLIS.
Begitu juga halnya dengan IPG. IPG ialah sebuah PUSAT LATIHAN MENJADI GURU. Maka selayaknya semua penuntut di IPG ini berkelayakan untuk mendapat penempatan di sekolah secara automatik. Ini kerana para penuntut di IPG ini telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan tidak disingkirkan dari pusat latihan. Maka secara logiknya, semua yang berjaya menamatkan pengajian adalah GURU yang layak ditempatkan di sekolah, secara AUTOMATIK.

with love
Datuk K