Thursday, May 9, 2013

doa untuk penyakit malas.

Assalamualaikum.
aku dah taktau nak describe malas aku tahap ape dah hari nie
tahap malas aku kalau ade scale mungkin sampai tahap 5 dah

  1. aku malas nak buat ulangkaji sampai tahap 15 minit baca buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak2 aku dah tido.sumpah tak tipu.tanye rum8 Nuradila.
  2. aku malas nak angkat dari katil.ntah..aku rasa macam nak mengesot je pergi mane2.
  3. aku malas nak kemas sume barang.sampai tahap aku rasa nak letak sume barang atas katil so aku tak perlu angkat dari katil nak ambek barang
  4. aku malas nak makan *kau bayangkan lah tahap malas aku macam mane skrang*
  5. aku malas nak berjalan
  6. aku malas nak minum
  7. aku malas nak sikat rambut
  8. aku malas nak carik folder
  9. aku malaslah.sume benda aku malas
then aku sedar..aku mesti buat sesuatu.sebelum keadaan jadi lebih parah.tak ke parah bila aku malas nak mandi, malas nak pergi toilet.hahaha..kau bayang kan dik non..haa..gitew..berak atas katil..tak pasal2 aku kena tendang dari bilik nie kang...

aku jupe doa nie..eloklah kalau kita amalkan selalu..mungkin ramai yang hafal kot..aku jumpe dari blog INI


Allohumma innii a’uudzubika minal hammi wal hazan wa a’uudzubika minal ’ajzi walkasal, wa a’uudzubika minal jubni wa bukhli, wa a’uudzu bika min gholabatid-daini wa qohrirrijaal.

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan sifat malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kebakhilan, aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia.”
 (HR Abu Dawud 4/353)

semoga aku, kau dan mereka dijauhkan dari penyakit malas ini.penyakit malas nie jumpe doktor pakar pun memang takde ubat.good luck sume teman dan sahabat.syaitan iblis, tak payah nak gembira sangat.lepas nie aku rajin balik dah =)

sumber: SINI




4 comments:

  1. Malas buat benda lain, tapi saya rajin singgah blog ni..ermmm

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu mengajar di mana ya?

    ReplyDelete
  3. wah bagus ni....

    http://www.ainahmad.com/

    ReplyDelete