Tuesday, October 2, 2012

ADAB MEMBELI BELAH

"janganlah kamu jadi orang yang pertama memasuki pasar dan yang terakhir keluar darinya, kerana pasar ialah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka"

maksudnya: agar kita berhati-hati, dalam berjual beli (di pasar raya) kerana biasanya ketika itu dihadiri oleh hati yang lalai dengan keseronokan dunia, melihat berbagai-bagai maksiat melibatkan aurat, pembaziran masa, wang dan sebagainya.

Assalamualaikum..
hari ini aku nak berkongsi sedikit tips yang aku dapat dari majalah..dan sekali lagi aku ingin berterima kasih kepada rum8 aku sebab selalu pinjamkan aku buku dan majalah =) tq nuradila mohd jalil 

adab membeli belah
  1. hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan.
  2. tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yang melampau pembazirannya.
  3. dapatkan pandangan daripada mereka yang tahu tentang sesuatu barang yang ingin dibeli.
  4. pastikan barang yang dibeli itu halal dari pespektif Islam.
  5. jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawarkan harga yang terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.
  6. jujur dan amanah.
  7. utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan setelah tiada pilihan.
ok ya murid-murid..sekian sahaja untuk kali ini..cikgu letih dari pagi sampai petang kelas =)

sumber rujukan:Gen-Q ISU NO.03
terbitan:TELAGA BIRU

2 comments: