Saturday, October 13, 2012

cinta vs duit


Mak dara : “Siapa dia Kasim Selamat? Lawyer? Majistret?”
Sabariah : “Ahli muzik”
Mak dara : “Ahli muzik? memang pantang datuk nenek aku ahli muzik!”
:: “Sabariah! kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang aku suka, harta benda ku terpulang pada kau, tapi kalau kau mahu kahwin dengan lelaki yang kau suka, kau tersingkir dari kaum keluarga ku!”


hai assalamualaikum...
ingat lagi tak dialog kat atas tu dalam cerita apa??
kalo korang tak ingat..meh aku gitau..dialog kat atas tu ialah dialog dalam cerita IBU MERTUA KU .. cerita nie main tahun 1962..lama dah tu..so..ape motip aku sekarang letak dialog tu kat atas...motip die aku nak gitau..persoalan mengenai duit vs cinta memang dah lama menjadi perbualan dan perbincangan hangat dalam kehidupan kita..

ini adalah pendapat peribadi aku tak dipengaruhi oleh orang perseorangan atau mana2 pihak yang berkepentingan mengenai CINTA VS DUIT

  1. jujurnya..aku akan susah hati kalo tak de duit...sebab duit adalah salah satu faktor untuk membuat aku gembira *aku tak cakap duit faktor utama, aku hanya menyatakan duit merupakan SALAH SATU FAKTOR..u get me???*-so banyak lagi faktor2 lain yang akan membuat aku gembira
  2. aku yakin dan percaya, bila aku berkahwin, CINTA AKU TAK LAKU BILA AKU PERGI KE GIANT NAK MEMBELI 1 KILO AYAM...*boley bagi saya 1 kilo ayam tak,tapi sekarang saya takde duit, tapi saya sangat mencintai suami saya, boley tak kalo saya tak payah bayar harga ayam nie, sebab saya nak masak untuk orang yang paling saya cintai*--agak2 lah kan, apa akan terjadi pastu..silap hari bulan, kat situ jugak ko kena ketuk dengan ayam--kalo beli barang dekat giant, kita memerlukan duit bukan cinta..
  3. "sayang, pampers baby dah habis lah, tolong belikan boley"--seee....TOLONG BELIKAN..so maknanya kita perlu DUIT untuk membeli....agak2 kalo pergi beli dengan CINTA orang tu nak jual dengan kita tak???jawapan die TAK NAK
  4. "abang, duit tuisyen amir tak bayar lagilah, nanti abang jangan lupe bayar ea"--seeeee..keyword die JANGAN LUPA BAYAR--kalo bayar kena guna duitkan..DUIT SEKALI LAGI..kalo bayar guna cinta boley???HARAP MAAF..CINTA TAK LAKU DEKAT PUSAT TUISYEN..
  5. "kenapa letrik xde nie, rumah sebelah elok je ade letrik..awak tak bayar bil letrik dekat SESCO ke"-sebab aku duk kat sarawak, so tak guna TNB okeh..hahaha--point seterusnya AWAK TAK BAYAR---sooo....kalo nak bayar, perlukan duit!..cinta anda laki bini tak kan laku dekat SESCO..
kesimpulannya, duit amat penting dan perlu..kalo parents kita tak bagi kita kahwin dengan orang yang takde kije tetap or pendapatan tetap..jangan nak marah sangat lah wey....ada rasionalnya...memang DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA..aku tak nafikan..tapi dunia sekarang amat kejam *emo plak kan* SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN DUIT--

cuba korang belek surat khabar..tengok berita..baca majalah..salah satu faktor yang menyebabkan penceraian adalah masalah DUIT *keyword aku SALAH SATU FAKTOR, BUKAN SEMUA PENCERAIAN DISEBABKAN OLEH MASALAH DUIT*

iyelah..masa muda2 nie *eh, muda lagi ke*hahaha..memanglah cakap "saya tak perlukan duit awak, yang penting kita saling mencintai"--tunggu lah 5 tahun yang akan datang...kalo laki ko tu..masih tak kerja..aku rasa dialog akan bertukar sebaliknya "saya berhak untuk hidup dengan orang yang mampu membahagiakan saya, yang dapat bagi kesenangan untuk anak-anak saya, baik kita bercerai je"..

bukan masalanya tak nak hidup susah bersama, tapi kalo dah dari hari pertama sampai hari terakhir kita hidup pun, masih hidup susah, maknanya..laki kita tu tak berusaha nak carik DUIT...kita berhak nak menikmati hidup yang lebih baik..

masa sekarang pun..aku rasa sebagai perempuan..kita tak boley sangat nak mengharapkan duit laki..cari duit sendiri..sebab sume benda sekarang perlukan duit..

yang terakhir sekali *tadi dah kesimpulan, pesal plak nak yang terakhir sekali*-sukahati akulah, belog aku-..remaja kat luar sana *yang tak remaja pun boley juga*...fikir elok2..fikir bagus2...jangan sampai dibutakan oleh cinta..tapi jangan pula menjadi HAMBA DUIT..

cinta antara si suami dan si isteri hanya LAKU untuk mereka sahaja..akan tetapi duit laku di mana2 pun..waima nak pergi toilet pun, u kena bayar guna DUIT..

CINTA MEMERLUKAN DUIT, TAPI DUIT TAK PELUKAN CINTA..
selamat beramal

notakaki:JANGAN JADI HAMBA DUIT *wey!berapa kali aku nak cakap benda yang sama nie..JANGAN JADI HAMBA DUIT*

sebarang pendapat amatlah dialu-alukan


da tengok cerita PISAU CUKUR tak???


ambil dari SINI


motip letak gambar nie???lu pikirlah sendiri!

13 comments:

  1. aku yakin dan percaya, bila aku berkahwin, CINTA AKU TAK LAKU BILA AKU PERGI KE GIANT NAK MEMBELI 1 KILO AYAM...*boley bagi saya 1 kilo ayam tak,tapi sekarang saya takde duit, tapi saya sangat mencintai suami saya, boley tak kalo saya tak payah bayar harga ayam nie, sebab saya nak masak untuk orang yang paling saya cintai*--agak2 lah kan, apa akan terjadi pastu..silap hari bulan, kat situ jugak ko kena ketuk dengan ayam--kalo beli barang dekat giant, kita memerlukan duit bukan cinta..

    oh sungguh sarkastik ayat ini tapi ianya adalah kebenaran belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sik perlu nak jiwang2 gilak...*kmk sik kesah mun ktk x da duit, janji ktk syg kmk, cinta kmk*--hahahaha...

      Delete
  2. perempuan sendiri tak yah la nak mngharapkan sgt lelaki mmbiayai semua benda utk kita. kita sndri pun kena usaha jugak tapi lelaki jgn pulak lepas tanggungjawab... and yes. DUNIA SEMEMANGNYA KEJAM, TAPI ALLAH MAHA ADIL.mungkin sik semua orang diberikan Allah rezeki yang melimpah ruah sejak dari kecik sampe akhir hayatnya tapi mungkin dia bahagia dari suatu sudut yang lain.. yang penting jangan putus harap untuk bkerja mendapatkan rezeki.. bukannya duit dtg dari langit dan kita bukannya mahsum nak mintak apa saja Allah beri terus dari langit. Apa susah2..bekerjakan satu ibadat.. ye tak ye datin vee.. meletups u <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari duit sendiri..senang nak shopping..lalalallalla

      Delete
  3. sy da folo lama kat sini.. =)

    ReplyDelete
  4. setuju sangat cinta perlukan duit. dan skank ramai wanita boleh berdikari sendiri tanpa mengharapkan apa2 dari laki. kalau ada duit memg boleh jamin kehidupan akan lebih terurus kalau duit byk tu bonuslah kan tapi bersyukurlah dengan hidup bersederhana :)

    ReplyDelete
  5. saya ada duit, tp x ada cinta... mcm mana ni?? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...kalo macam tu..duit awk bagi kat saya..taulah sy nak mengurusnya nanti =)

      Delete
  6. ahli muzik? saya guru muzik...hahahhaa..bermain muzik sambil mengajar...duit masuk jugakk..kepentingan duit untuk hidup bersama adalah penting kerana tanpa duit,,kamu xleh bagi nafkah...kan2...sape setuju angkat tangan macam saya=)

    ReplyDelete