Tuesday, July 2, 2013

Sistem Pengambilan Guru di IPG

Assalamualaikum.
Sistem Pengambilan Guru di IPG (Institut Pendidikan Guru@Maktab)
Benar seorang guru itu haruslah professional dan cekap dalam menjalankan tugasnya, apatah lagi dalam zaman ini yang penuh dengan pelbagai masalah dan isu merepek yang cuba mencari perhatian. Itu tidak dapat saya sangkalkan lagi.
Apa yang menjadi persoalan saya ialah, apakah masa depan bakal-bakal guru yang telah 5 tahun menuntut di IPG?
Sistem pengambilan guru di Malaysia amatlah unik. Para penuntut di IPG ini dipilih berdasarkan keputusan yang cemerlang dan temuduga yang telah dijalankan sendiri oleh tenaga pengajar di IPG. Keputusan minima untuk layak ditemuduga ialah mendapat 6A dalam SPM. Seterusnya calon akan menjalani temuduga yang akan dinilai oleh para pensyarah di IPG, bahkan kadangkala Tuan Pengarah IPG sendiri yang turun padang menjadi panel penemuduga.
Kurikulum pendidikan guru di IPG amat lengkap dan sangat bertepatan dengan haluan para penuntutnya sebagai seorang bakal guru. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah menjurus kepada pembentukan mentaliti seorang guru yang proaktif dan fleksibel kepada cabaran semasa.
Namun, saya amatlah kecewa apabila mendengar khabar yang mengatakan para penuntut di IPG pada masa akan datang tidak akan lagi mendapat penempatan secara automatik. Ini kerana, IPG adalah sebuah PUSAT LATIHAN. Sebuah PUSAT LATIHAN di mana seorang lepasan SPM yang mendapat keputusan minima 6A, dan dirasakan sesuai perilakunya oleh pensyarah(bekas guru), dilatih siang dan malam untuk menjadi seorang guru.
Untuk pengetahuan tuan puan, PULAPOL ialah sebuah pusat latihan untuk menjadi Polis. Calon yang telah terpilih semasa temuduga akan menjalani latihan selama beberapa bulan sebelum menamatkan latihan mereka. Calon yang dirasakan tidak sesuai dan tidak layak menjadi polis tidak akan ditauliahkan, malah digugurkan dari sesi latihan. Manakala calon yang selebihnya secara automatik akan bergelar seorang POLIS.
Begitu juga halnya dengan IPG. IPG ialah sebuah PUSAT LATIHAN MENJADI GURU. Maka selayaknya semua penuntut di IPG ini berkelayakan untuk mendapat penempatan di sekolah secara automatik. Ini kerana para penuntut di IPG ini telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan tidak disingkirkan dari pusat latihan. Maka secara logiknya, semua yang berjaya menamatkan pengajian adalah GURU yang layak ditempatkan di sekolah, secara AUTOMATIK.

with love
Datuk K

1 comment:

  1. Salam Perkenalan.. ;)

    Jika diteliti semula kenyataan Pak Menteri tuh, saya rasa, banyak perkara yang perlu difikirkan semula dengan lebih baik..

    1) itu hanyalah cadangan awal yang masih di peringkat perbincangan. jika perkara sedemikian memang tak baik, saya rasa ramai pihak yang akan tampil ke depan. jangan bimbang.. ;)

    2) ianya jika dijalankan pun, akan secara berperingkat. bermakna kajian yang teliti dan peralihan yang secara perlahan dan berhemah..

    3) cuba pandang dari segi tujuan positif mengapa cadangan tersebut diusulkan. supaya segelintir kecil mereka yang tidak berminat untuk menjadi cikgu, tidak menganiaya cikgu-cikgu lain dengan perangai mereka bila dah diposting ke sekolah kelak..

    Lebih baik jika dipandang dari sudut positif, bukan lebih kepada negatif. Jika kita benar-benar layak diiktiraf sebagai guru, pasti tidak akan jadi masalah untuk dipostingkan!

    Sekadar pandangan peribadi ;)

    ReplyDelete