Hidup di hostel sangat indah *x boleh blah* hahaha...*ayat pembukaan macam haremmm*. Banyak aktiviti waktu senggang *betol ke ejaan nie* yang boleh dilakukan bersama-sama dengan kawan-kawan, jiran depan bilik atau budak bilik sebelah bilik pantry. Antara aktivi yang boleh dilakukan bersama-sama adalah makan-makan sambil menonton muvee. Adalah amat tidak seronok jika makan tanpa movie. Muvee2 pilihan semestinya Cerita Hantu Melayu yang efeknye sangat MENYERAMKAN *huh* dan ceritanya 95% pada waktu malam dan mungkin hantu Melayu ini hanya suka bersiar-siar di malam hari sahaja. Amat jarang menonton hantu Melayu disiang hari.
Antara muvee yang pernah ditonton bersama kawan-kawan adalah :
Khurafat : Cerita yang agak best. Agak menyeramkan. Owh..adegan peluk memeluk sangat banyak okeh. Untung lah Syamsul =)
Damping Malam : Cerita yang agak best jugak. Aku tak taulah korang suke or tak kan. Tapi bagi aku bestlah jugak. Pertama kali tengok dieorang berlakon kat kawasan sekolah aku pun heran *kenape sekolah die sejibik macam sekolah aku di suatu ketika dulu,adakah mereka berlakon cerita hantu di SMS Kuching?*
Last2 tengok cerita, rupa-rupanya mereka berlakon di SMS Hulu Selangor
Sini Ada Hantu : Hahahahaha...ini adalah cerita hantu yang paling kool *mat kool mat kool kawanku*.. Cite nie best kot..cuma aku rasa cerita nie tak dapat liputan meluas sangat...bagi sape-sape yang tak tengok lagi citer tak terlambat untuk korang pergi carik kat YOUTUBE..hahaha...nak pergi pawagam sekarang *huh, perkataan yang agak skema iye* sah2 lah korang mintak herdik dengan orang yang jual tiket tu..
Sumpahan Kum Kum : Cerita nie agak seram. Jalan cerita menarik ada kesinambungan. Pergerakan kamera dalam cerita ini seolah-olah sama dengan dalam cerita Damping Malam. Pengajaran daripada cerita ini tak payah nak beriye sangat nak jadi cantik jumpe bomoh bagai nak pakai susuk. Bagi yang muka cantik hensem kacak dan bergaya tu, tak payahlah nak kutuk muka orang lain itu namanya mengutuk ciptaan Allah. Er, kalo mengutuk muka orang tu, cerminlah diri sendiri dulu..kalo hitam, gigi pun maju kedepan, lubang hidung pun x berapa nak cantik..pikir dua tiga kali dulu nak kutuk orang iye..*eh,aku mengutuk ka nie,hihi,,tidak aku hanya memberi gambaran*. Misalnya dalam cerita ni, aku rasa perempuan tu tak kan pakai susuk kalau orang x kutuk die. Yang mengutuk tu pulak macamlah cantik sangat *macam debab* jugak..last2 mati kene langgar dengan kerata. Cerita nie aku rasa antara yang agak logik jugak lah.
Senjakala : Hmm...ntahlah x tau nak komen ape..ok lah..tapi paling seram tengok Ruminah Sidek dalam citer nie..lagi2 part yang kat bawah rumah..tiap kali terjaga tengah-tengah malam..watak die lah paling glamer sekali kot..sebab asyik terbayang2 je..ternyata pengaruh Ruminah Sidek lebih hebat dari Shaheizy Sam dalam hidup aku..sebabnye kalo aku terjaga, aku jarang terbayang-bayang muka Sam sebaliknya aku lebih selalu terbayang-bayang muka Ruminah Sidek.
sumber :SINI
HAHAHAHA..aku lebih banyak membuat adegan panas begini sewaktu menonton muvee..menutup mata dan menutup telinga..hahaha..
sumber : SINI
Sebenarnye kan aku tengah stadi untuk final esok..tapi aku bosan..haha..so aku update blog jelah..haha..hihi..nak sambung stadi balik lah..bye2..Assalamualaikum..
Lupe nak cakap..kalo takut or nak mintak pape, mintaklah Dengan Allah pastikan permintaan tu diiringi dengan usaha..cikgu nak bagi ceramah sikit iye..hihi..take care =)
Lagi ceramah, jangan takut dengan hantu, kita harus takut dengan Allah..tak takut tak bermaksud kamu harus takbur riak dan sombong iye..
istanaliga
ReplyDeleteistanaliga the best online gaming site that is most popular with gamers around the world
come and play with satrialiga the best Gambling Online site that is most popular player with gamers around the world
ReplyDelete